JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini mengeluarkan fatwa mengenai larangan ke atas orang Islam hadir ke upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ia sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang memperkenan fatwa berkenaan berkuat kuasa hari ini.
Beliau berkata, para ulama daripada empat mazhab iaitu Syafie, Hanafi, Maliki, Hanbali, telah sepakat bahawa hukum umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan keagamaan bukan Islam adalah haram dan dilarang.
"Upacara ritual keagamaan bukan Islam ini termasuklah di rumah ibadat mahupun di tempat lain yang biasa dilaksanakan ritual tersebut.
"Bagaimanapun, menurut sebilangan ulama hukum meraikan undangan atau jemputan ke majlis sempena perayaan bukan Islam tanpa upacara ritual keagamaan adalah harus dan dibenarkan," kata beliau kepada pemberita di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.
Mohd Fared berkata dengan fatwa ini, ia diharapkan dapat memberikan kefahaman kepada umat Islam negeri ini yang segelintirnya sudah menjadi kebiasaan menyantuni kaum lain dalam usaha mengekalkan keharmonian antara kaum.
Dalam masa sama, beliau berkata satu garis panduan dan kriteria juga dikeluarkan bagi menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh umat Islam.
"Antaranya, majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara yang bertentangan akidah Islam dan terdapat perbuatan seperti menyertakan simbol agama atau menyanyikan lagu bercirikan agama," katanya.
Selain itu, beliau berkata majlis tersebut juga tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam seperti ucapan yang menghina dan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.
Justeru, Mohd Fared menerusi MAINJ akan bertemu dengan ketua keagamaan serta pengurus rumah ibadah bukan Islam bagi memberi penerangan dan penjelasan mengenai garis panduan itu.
"Larangan ini tidak bermaksud untuk menganggu keharmonian antara kaum, tapi sekadar memberi nasihat serta panduan agar pemimpin masyarakat berhati-hati dalam menyatakan kebersamaan dan tidak melanggar batas-batas tertentu," kata Mohd Fared.
Menurutnya individu yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997. - BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
Mohd Fared Mohd Khalid berkata, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang memperkenan fatwa berkenaan berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail BERNAMA
Lahirkan pemimpin yang mempunyai merit seperti Lawrence Wong
Parti-parti politik Malaysia disaran untuk mencontohi Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dalam mencari bakat terbaik untuk memimpin negara di masa hadapan.
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sufian Jusoh berkata, bakal Perdana Menteri Singapura, merupakan pemimpin kedua yang tidak datang daripada keluarga pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, selepas Goh Chok Tong.
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sufian Jusoh berkata, bakal Perdana Menteri Singapura, merupakan pemimpin kedua yang tidak datang daripada keluarga pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, selepas Goh Chok Tong.
Empat warga Myanmar kendali bot nelayan tempatan ditahan
Sebuah bot nelayan tempatan pukat tunda kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang kerana tidak mempunyai permit kerja sah, pada kedudukan lebih kurang 23 batu nautika dari timur perairan Kuala Pahang, petang Sabtu.
Kastam Terengganu rampas barangan hampir RM1 juta setakat April
Pengarahnya Mohd Nadzri Ariffin berkata jumlah itu, melibatkan 10 kes dengan nilaian cukai keseluruhan bernilai lebih RM2.7 juta.
KPDN perluas SKSD 2.0 kepada 14 lagi jenis kenderaan
Projek rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 fasa dua akan diperluaskan kepada 14 lagi jenis kenderaan sektor pengangkutan darat barangan bermula 13 Mei.
Malaysia hargai peranan Qatar untuk rundingan perdamaian Hamas-Israel
Malaysia menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
10 Berita Pilihan - (12 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang
Saifuddin menyifatkan perjumpaan beliau dengan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.
Tumpuan Isnin - 13 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai
Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air.
Masyarakat perlu hormati fatwa larang umat Islam sertai ritual keagamaan bukan Islam
"Ini garis panduan khusus buat orang Islam. Ia tidak bercanggah dengan semangat perpaduan dan bangsa Johor (kerana) kita hidup dalam masyarakat majmuk."
MAINJ keluar fatwa larangan orang Islam hadir ritual keagamaan bukan Islam
Empat mazhab telah sepakat bahawa hukum umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan keagamaan bukan Islam adalah haram dan dilarang.